Malam tadi..
Selepas solat isya' suami aku buat kerje kat laptop.. siapkan slides.. agaknya dia ade presentation hari ni.. aku mmg dr sejak awal lagi x de mood dan kurang bercakap.. tak tanya apa la..diam je.. lepas solat aku sambung mengaji.. masa mengaji tu boleh pulak air mata meniti nitis dengan lajunya.. tak tahan sebak.. fikiranku bercelaru.. suami aku mulanya tak sedar sbabnya dia sibuk dengan kerjenya menghadap laptop di ruang tamu..
Selepas lipat baju sembahyang, boleh pulak aku sambung menangis atas katil.. menangis sepuas puasnya sambil melengkupkan bantal di muka.. nak cover kononya.. supaya suami aku tak tahu.. apa yang emosi sangat pon xtau lah.. hati sayu.. tetibe suami aku masuk bilik.. mungkin dia perasan kot perubahan aku dari petang magrib tadi.. aku dah kurang bercakap pastu tak keluar dari bilik.. biasanya malam malam aku dan suami akan habiskan masa menonton tv bersama dan berehat sambil berborak..
Yang kelakarnya.. aku pura pura tido masa suami aku dtg menghampiri..pastu dia tanya dah tido ke.. aku senyap je.. bila dia tarik bantal.. kantoi la.. aku pon dah tak cover dah..nangis sepuasnya.. kuat pulak tu..haha.. suami aku blurrr.. bila dia tanya kenapa menangis.. lagi laju aku nangis.. haha.. suami aku pun peluk sambil pujuk2 aku.. dia tak tanya dah.. dia cuma mitak maaf kot dia ade wat slh dan aku ade terasa hati dgn dia.. kesian laki aku... mesti dia tertanya tanya.. aku pon tak tahu kenapa aku rase sayu sangat... sebenarnya dah 2,3 hr lepas aku asik badmood.. ms nk tido je msti nak nangis.. tp cover jugak la.. tp mlm tadi mmg tak boleh nak cover lagi. pagi ni bangun mata bengkak bengkak.. tp aku still sediakan sarapan utuk suami aku..
Semasa suami nak g kerje tadi, suami aku tanya lagi.. "kenapa awk nangis semalam??" terpinga pinga gak aku.. haha.. malu pon ade.. tak pasal pasal nangis.. aku diam.. dan lastly aku ckp jangan tanya lagi.. nnt kan menitis pulak air mata.. aku rase mmg aku ade terasa dgn dia kot.. tp hal kecik2 je kot.. mungkin di tambah dengan emosi aku skang yang kurang stabil.. jiwa yang sensitif.. orang kata emosi ibu mengandung.. hari tu suami aku tersalah beli roti hi-5 sdgkan aku nak roti gardenia.. tu pon aku menangis tau.. boleh mcm tu?? haishh.. kesian si suami.. sabar lah ye.. mmg perempuan ni penuh dengan emosi.. nak wat cane.. paham2 dan layankan aje.........
Terima kasih buat suami tercinta.. sebab banyak berkorban untuk aku.. selalu ada menemani ku waktu suka dan duka.. selalu bagi semangat dan nasihat.. selalu layan semua permintaan aku.. Terima kasih sayangku..
***
Semuanya soal hati..
Usah di pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya..
Ya Allah tabahkan hati ku untuk menempuhi hidup ini..
Sesungguhnya Engkau lebih besar daripada segala masalahku..
Dan jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur..
Amin..
No comments:
Post a Comment