Tuesday, June 18, 2013

monolog hari jadi

Ya, hari ini hari ulang tahun kelahiranku yg ke-26. Sudah suku abad aku bernaung di bawah langit Mu, ya Allah. Belum pon aku terasa menjadi hamba Mu yg sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih pjg? atau hanya seketika lagi? Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat pjg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. 

Aku belum bersedia untuk bertemu Mu ya Allah. Walaupon aku tahu siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya Allah segala kekuatan hanya pada Mu jua. Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku. Aku merayu pada Mu ya Allah, pada tarikh ini... untuk mengemis keampunan Mu dengan tangan yang berdosa dan hati yang tercela.. Ampuni hamba Mu ini Ya Allah..

Buat sahabat, teman, kenalan, terima kasih di atas ingatan kalian.  Pada yang jauh maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir maaf kerana tidak pandai membelai. Kita di dunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat hanya di lembayung iradah Nya. Kita tidak berhak untuk terus terbang sekirany maut menjemput pulang...

selamat berkurang umur Angel Fish.. T_T



hadiah drpd dia 5 tahun yg lepas..huhu


No comments:

Post a Comment