Friday, May 4, 2012

Maafkanlah

Memberi maaf kekadang lagi sukar daripada meminta maaf.. Kenapa dgn diri ini ya?! ape yang penah di baca dalam Al-Quran, hadis, buku-buku sukar di praktikkan. Memang! membaca sahaja tak akan menjadikan kita insan yang lebih baik sekiranya ilmu tak di praktikkan. Apabila cuba di praktikkan barulah rase pedihnye kan? 

Segala rase macam ade dalam perasaan.. lautan perasaan bagaikan di landa tsunami!! Mampukah diri ini memaafkan bile ade kuasa untuk membalasnye?? Forgive and forget? wahhh!! nak melupakan?? memaafkan pon payah! 

tetibe terbace dalam buku..

" Cuba bayangkan kasih syg Allah kalo seseorg tu berdosa kemudian bertaubat, kemudian berbuat dosa lagi, namun Allah masih dan terus mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan??? sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mane pon dosa kita, insan yang hina ini, yg selalu melakukan dosa kepada Nya.. Allah Maha Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."

Suara hati menusuk..

ya!
aku akan berusaha memaafkannya!

No comments:

Post a Comment