Sunday, February 20, 2011

Dhuha

Kelebihan solat Dhuha:

Sabda Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidina Anas r.a. drpd Nabi s.a.w:
Bagi sesiapa yg menunaikan solat Dhuha membaca pada rakaat pertama surah al-fatihah dan ayt Kursi 10 kali dan dalam rakaat kedu surah al-Fathihah dan al-ikhlas 10 kali nescaya akan mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar. (Hadis Riwat Anas bin Malik)

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud: Barang siapa mengerjakan solat Dhuha dgn terus menerus akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipon dosa itu seluas lautan. 
(Hadis riwayat Tirmizi)

 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kekafiran/kemiskinan dan tidak ada yg akan memelihara solat Dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat/mendekatkan diri kepada Allah. (Al-Hadis)


Cara mengerjakan Solat Sunat Dhuha: 

Baca niat solat sunat Dhuha
bacaan pada rakaat pertama ialah surah Asy-Syams setelah membaca al-Fatihah.
kemudian membaca surah Ad-Dhuha setelah membaca al-Fatihah pada rakaat yang kedua.
Setelah selesai salam lalu membaca doa sebagaimana berikut:

" Ya Allah, bahawasanya Dhuha itu Dhuha Engkau,dan kemegahan itu kemegahan Engkau,dan keindahan itu keindahan Engkau,dan kekuatan itu kekuatan Engkau, dan kekuasaan itu kekuasaan Engkau, dan pemeliharaan itu pemeliharaan Engkau, Ya Allah jika keadaan rezekiku di langit maka turunkanlah ia, jika di dalam bumi maka keluarkanlah ia, bila didalam air atau di laut maka keluarkanlah ia, dan bila lambat percepatkanlah ia, dan apabila sulit maka mudahkanlah ia, dan apabila haram maka sucikanlah ia, dan apabila jauh, dekatilah ia dan apabila sedikit maka perbanyakkanlah ia, dan apabila banyak berkahkanlah ia bagiku atasnya dan sampaikanlah ia di mana sahaja aku berada dan janganlah Engkau pindahkan aku ke tempatnya. Dan jadikanlah tangan aku di atas untuk menjadi pemberi dan jangalah jadikan ia di bawah untuk meminta, sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa atas Dhuha Engkau yang hak dengan Kemegahan Engkau, serta Keindahan Engkau, dengan Kekuatan Engkau,segala kekuasaan Engkau, pemeliharaan Engkau, maka tidak ada daya upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Engkau. Sampaikanlah padaku apa yang Engkau sampaikan kepada hamba-hamba Engkau yang soleh serta baik-baik.."


***************


Jadi kawan2..marilah kita same-same menunaikan solat sunat Dhuha.. 
Semoga kita mendapat keampunan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.. 
insyaAllah..
Amin..

No comments:

Post a Comment